Saturday, July 6, 2013

Mendidik dengan Pujian

Selangkah demi selangkah belajar. Walaupun dalam situasi mengajar sebagai pengajar, saya tetap pelajar. Maklumlah, baru setahun jagung dalam bidang pendidik. Alhamdulillah Allah ketemukan saya dengan page fb yang sangat bermanfaat. Terima kasih Alumni Kursus Mendorong Pelajar Kelas Corot dan Ustazah Siti Khadijah kerana banyak berkongsi ilmu dan pengalaman.


Dua hari lepas saya ada masuk satu kelas tingkatan dua, (2 Omega), disebabkan kelas yang lepas saya tak sempat untuk beri soalan pbs, jadi untuk kelas kali ini saya minta semua pelajar baca kembali pembelajaran yang lepas dan menjawab soalan dalam kertas. Sebelum bagi kertas, saya pesan kepada mereka supaya tidak meniru buku atau kawan. Padahal saya dah boleh agak, mereka pasti akan cuba jeling-jeling kawan sebelah atau belek buku. Jadi, saya minta mereka baca secara lisan jawapan mereka sebelum hantar kertas. Mereka mula tidak puas hati.

" ala cikgu, hantar jealh. kenapa lak kena baca-baca" kata salah seorang pelajar.

"cikgu nak tahu siapa yang jujur, lagipun cikgu boleh uji ingatan kamu" balas saya.

Saya lihat mereka terkumang kamit hafal jawapan sendiri. seorang demi seorang pelajar datang membaca jawapan mereka. Saya memuji " wah....cikgu kagum,kuat ingatan kamu. Kalau macam ni senanglah nak dapat band tinggi (tahap dalam pbs). Sambil tersengih, pelajar itu memberitahu kawan-kawannya yang berada di belakang. Apalagi, mereka pun kuatkan lagi suara menunjukkan mereka hafal. Selesai semua pelajar hantar kertas, saya minta pelajar salin nota pula. Mula-mula mereka akur jea, tapi bila lihat nota penuh satu papan putih, mulalah bising satu kelas dengan rungutan mereka.

"Apa ni cikgu, banyaknya. lenguhlah macam ni" rungut seorang dari mereka.

saya hanya diamkan diri,  selasai menulis di papan putih barulah saya bergerak memerhati kerja pelajar. Mulut mereka masih merungut-rungut sambil menyalin nota.

Saya pun berkata " anak yang soleh biasanya selalu dengar kata cikgu. Tengok pelajar A, tekun je cikgu tengok dia menyalin nota. tak merungut pun, A mesti anak soleh".

"saya pun anak soleh juga cikgu" kata pelajar B.

"A'ah, semua pelajar yang rajin belajar adalah ank soleh. Yang perempuan lak anak solehah" kata saya.

Benarlah, kata-kata yang baik dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk lebih bersemangat. Saya memerhatikan semua pelajar mula berhenti merungut, malah lebih bersemangat menyalin nota dan tunjuk kepada saya....alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment