Subhanallah...
Tika ini terkenang akan detik-detik dahulu melangkah mengenal kalam Allah dalam erti sebenar. Walaupun tak sepenuhnya namun menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Allahurabbi...
Tika belajar di sebuah kolej, aku banyak mengenal diri sendiri. Segala puji bagi Allah...Allah tempatkan aku di kolej tersebut. Sudah menjadi rutin di kolej tersebut mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti ilmiah seperti ceramah, usrah dan sebaganya. Masa tulah aku baru berkenalan apa itu usrah. dll..^___^
Ramadhan kian tiba membawa 1001 rahmat, sahabat-sahabat mengajak untuk menyertai tadarus yang akan diadakan sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah, Allah datangkan aku dengan sahabat-sahabat yang solehah. Ketika tadarus berlangsung dan tiba giliran aku mengaji, tergagap-gagap bacaanku. Apa taknya, mula baca dah kena tegur. salah sini salah situ. MALUNYA........>___<
Esoknya, mula berkira-kira. Nak pergi ke taknak...tapi dengan sokongan sahabat, aku gagahkan juga langkah dan menebalkan muka. Alhamdulillah, aku berjaya mengikut sampai akhir dan mendapat cenderahati AL-QURAN berwarna merah. Habis jea program tadarus ni, seorang sahabat memberi nasihat,
" belajarlah mengaji, cuba bayangkan bila kita jadi ibu nanti, siapa yang nak ajar anak kita mengaji kalau kita sendiri masih tergagap-gagap" (lebih kurang macam tulah kot nasihat dia...@___@).
Tapi masa tu, aku bukannya nak dengar sangat pun nasihat dia. Almaklumlah, bila kita sedar kelemahan diri, tahu nak protes jea. padahal aku membenarkan kata-katanya. cuma dalam hati kecil ni terasa malu dengan nasihat tu. Aku bukannya tak pernah belajar ngaji, tiap-tiap malam pergi ngaji kat kampung dulu. tapi mungkin sebab tak sempat ataupun sebab aku memang lembab, sempat belajar cukup-cukup makan jea. bukan secara menyeluruh dengan tajwid yang betul.
Kemudian, aku mula belajar di sebuah IPTA. Situasi yang sama berlaku bila Ramadhan tiba. Tapi yang ni lagi malu bila junior pun tegur bacaan aku...Aduhhhhh...malunya. Kalau ikutkan hati, mahu saja duduk kat rumah baca quran sendiri-sendiri saja.
Dalam hati mula aku simpankan niat untuk belajar mengaji secara yang betul, nekad... tapi masalahnya aku tak tahu nak belajar kat mana. Lagi satu, malu kot nak belajar ngaji dah tua-tua bangka macam ni. huhuhu...
Tapi SUBHANALLAH...Allah Maha Penyayang...aku baru jea terlintas dan berniat nak belajar, tup-tup aku dapat pamplet.Dalam sekeping kertas tu, di suatu sudut belakang tertulis "Sesiapa ingin belajar mengaji, boleh hubungi nombor ustaz berkenaan...." Aku ambil masa dua tiga hari berfikir samaada nak telepon atau tak. Lepas sekian masa, aku telefon ustaz berkenaan.dan buat temujanji untuk hadir kelas ngaji.
Masih segar lagi ingatanku pada Ustaz Ismail yang begitu ramah dan baik hati. Sikapnya membuatkan aku berasa tidak segan untuk menuntut ilmu. Disebabkan jadual belajar aku dan jadual ustaz agak padat, maka aku hanya berkesempatan untuk belajar ngaji seminggu sekali. Lagipun pusat islam dalam kawasan induk, sedangkan rumah sewa dan kelas aku di kawasan cawangan. Jadi setiap pagi Rabu, aku akan bawa Al-Quran naik bas, kemudian jalan kaki dalam 5 minit ke pusat islam.
Subhanallah, Ustaz ajar aku 'sorang-sorang',bila aku salah jea baca dia terus tegur kemudian tulis kat papan putih hukum tajwid apa yangsepatutnya aku tahu. Setiap minggu aku belajar tajwid baru dan cara sebut dgn betul. Walaupun, aku perlu belajar banyak lagi, tapi sedikit sebanyak bacaanku semakin baik. Alhamdulillah..
Sekarang aku di alam pekerjaan, aku tetap mencari guru untuk aku belajar mengaji. Alhamdulillah, pasangan suami isteri yang aku panggil sebagai ustaz dan ustazah menerima aku dan sahabat sebgai pelajar untuk mengaji. Subhanallah, aku terasa begitu bertuah dan bersyukur. Bacaanku semakin baik dan lancar tapi aku tetap mahu membacanya secara berguru. Pengalaman terdahulu sebenarnya untuk aku menjadi seorang yang lebih baik. Malah bukan untuk aku seorang saja tapi turut membantu orang di sekeliling aku kerana aku sedar masih ramai yang perlu belajar mengaji. Faktor umur tidak menentukan kelancaran seseorang melainkan dengan belajar dan terus belajar.
Dan semestinya belajar mengaji bukan sekadar dapat membaca Al-Quran saja, tapi belajar dengan maksudnya sekali dan beramal dengan kandungannya kerana Allah taala..
Jadi kepada sesiapa yang masih belum lancar mengaji Al-Quran, pergilah mencari guru. Jangan Malu, Jangan Segan kerana malu dan segan takkan dapat bantu kita untuk mengenal kalam Allah. Moga Allah mudahkan perjalanan kalian...Belajar dan Terus Belajar...